7 Tips Menjadi Bridesmaid yang Disayangi!

Apabila berlangsungnya majlis perkahwinan rakan terdekat dan sahabat handai, pastinya kelibat bridesmaid turut kelihatan di majlis perkahwinan. Selain bertindak sebagai dulang girl, pengapit dan dayang bagi ratu sehari, kehadiran bridesmaid juga mewujudkan suasana yang lebih ceria dalam sesebuah majlis.

IMG_5021
IMG_4995regegq-(1)

Siapa yang tidak teruja apabila rakan baik kita akan mendirikan rumah tangga dan kita sebagai kawan pastinya akan memberikan apa saja bantuan demi memastikan majlis perkahwinan berjalan dengan lancar. Jom kita ikuti tips-tips oleh Sweetpictures persiapan sebagai bridesmaid yang disayangi:

bridesmaid

1. Pemilihan baju dan make-up bridesmaid

Berpakaian sedondon sudah menjadi ‘trendy’ yang tidak asing lagi dimajlis perkahwinan. Persalinan ‘bridesmaid’ juga harus cantik agar dapat menceriakan ‘mood’ pengantin mahupun ketika sesi fotografi dijalankan.

Bagi sesetengah pengantin, mereka tidak meletakkan garis panduan dalam pemilihan pakaian. Namun begitu, ada juga yang perlu mengikut citarasa pengantin yang mahukan kesemua nampak sedondon termasuklah potongan, warna dan jahitan yang dimahukan. Kesemuanya bergantung kepada tahap kreativiti dan komunikasi antara pengantin dan ‘bridesmaid’!

Make up ‘bridesmaid’ juga haruslah bersesuaian dengan tema majlis. Pemilihan warna eyeshadow, blusher, lipstick dan henna tangan haruslah tepat dan seimbang agar tidak melebihi si pengantin.

IMG_0396a
IMG_2562
IMG_0274

2. Ambil tahu flow dan tentative majlis

Sebagai rakan dan ‘bridesmaid’ kepada pengantin, anda juga perlu mengambil tahu tentative majlis yang akan berlansung. Anda amat digalakkan berkomukasi antara pengantin dan ahli keluarga si pengantin dari masa ke semasa. Wujudkan group ‘Whatsapps’ antara rakan ‘bridesmaid’ agar mudah berhubung.

‘Bridesmaid’ juga mampu menjadi tulang belakang kejayaan sesebuah majlis perkahwinan. Pastikan anda tahu tugas dan persedian yang perlu di lakukan sebelum & sewaktu majlis berlansung.

bridesmaid

3. Membantu persiapan perkahwinan

Membantu rakan anda yang nervous dalam membuat persiapan majlis perkahwinan sedikit sebanyak dapat meringankan beban si pengantin. Banyak perkara yang anda boleh tolong.

DE7_0492regegq-(1)
IMG_5010-(1)

Mungkin sebelum majlis berlansung, anda dapat membantu si pengantin dari segi meneman si pengantin mencari kasut kawin, mencari dan mengubah suai barang hantaran, meneman si pengantin pergi ke spa dan saloon dan mungkin mencari goodies untuk para tetamu. Memberi idea dan nasihat dapat membantu si pengantin membuat keputusan.

bridesmaid

4. Bertanggungjawab menjaga barang pengantin wanita

Di hari perkahwinan pastinya si pengantin sangat sibuk dan tidak sempat untuk memegang barang-barang penting seperti handphone, dompet dan sebagainya. Pastikan barang-barang tersebut dijaga dengan rapi seperti kita menjaga harta kita sendiri.

bridesmaid

5. Perkakas pengantin

Tugas ‘bridesmaid’ amat penting tambahan dalam menyediakan perkakas pengantin, Pengantin biasanya mudah lupa hal-hal kecil di hari perkahwinannya atas factor ‘nervous’. Jadi tugas bridesimaids amat diperlukan untuk mengingati perkakas apa yang perlu di bawa semasa mengiringi pengantin seperti payung, tisu untuk mengelap peluh pengantin, bunga tangan, kipas dan sebagainya.

6. Pastikan pengantin makan

Kebiasaanya, si pengantin mudah lupa dan tidak terfikir untuk makan mahupun minum. Tambahan lagi dalam keadaan gemuruh dan dalam fikiran si pengantin hanya ingin berlangsung dengan cepat. Jadi ‘bridesmaid’ sangat berperanan dlam memastikan si pengantin makan dan minum walaupun sekadar alas perut, di galakkan sebelum pengantin bermakeup supaya tidak ada kes pengantin pengsan sebelum majlis berlangsung. Makanan yang mencukupi dapat membekalkan tenaga buat si pengantin.

IMG_0511-copy
IMG_2579
IMG_2676

7. Senyum

Jangan lupa ingatkan si pengantin untuk terus senyum walaupun dalam keadaan letih, kerana photographer lebih banyak tertumpu kearah pengantin. Tapi sebagai ‘bridesmaid’ pun jangan lupa untuk senyum. Agar aura yang diberikan dapat membuatkan majlis bertambah meriah dan memori yang di ambil lebih indah. Senyum, tak perlu kata apa-apa. 😊

Sweetpictures GO is on-demand wedding photography platform that help ‘bride & groom to be’ to book photographers faster, easier and securely. Customers can easily search photography package that suit with their budget, secure the photographers & event date and make a booking securely via SWEETPICTURES GO.

BOOK SWEETPICTURES NOW