Same Day Edit Video

Ramai yang bertanya berkenaan Same Day Edit video. Malahan masih ramai juga yang tidak tahu apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan Same Day Edit video. Same Day Edit Video adalah video yang disunting dalam masa yang sangat singkat dan sedia untuk ditayangkan di majlis resepsi dengan kualiti yang sama dengan video yang disunting mengikut deadline yang ditetapkan.

same day edit video

Proses untuk menyunting Same Day Edit Video memang sangat mencabar dan memerlukan kepakaran yang tinggi dari segi penggambaran hingga ke proses suntingan tersebut. Penggambaran memerlukan juruvideo yang berpengalaman dan pakar dalam selok-belok jalan cerita yang ingin disampaikan. Juruvideo juga perlu memastikan footage yang diambil adalah dalam mode ‘shoot to edit’ untuk memudahkan editor memilih footage yang sesuai sekaligus dapat menjimatkan masa penyuntingan. Dalam hal ini, editor juga harus bijak menggunakan masa yang tinggal kerana tempoh untuk editing mugkin kurang daripada 12 jam.

same day edit video

Berapa caj yang dikenakan?

Untuk servis tambahan seperti Same Day Edit Video ini, caj yang dikenakan adalah mengikut tempoh masa yang ditentukan oleh pelanggan. Di bawah adalah senarai harga untuk servis ini.

• RM1,000 : 12 jam & ke bawah
• RM800    : 24 jam & ke bawah
• RM500    : 2 hari & ke bawah
• RM350    : 7 hari & ke bawah

Mengapa caj Same Day Edit Video lebih mahal berbanding servis lain?

Ini adalah kerana SDE memerlukan tempoh masa yang sangat kritikal, penggunaan peralatan yang “high spec” & kepakaran penyunting video yang tinggi serta berpengalaman. Selalunya, penyunting video akan berjaga sehingga lewat malam untuk memastikan video yang disunting sempat disiapkan sebelum tempoh yang ditetapkan.

Bagaimana cara video yang telah siap dihantar?

Di Sweetpictures, Same Day Edit Video yang telah siap disunting akan dihantar melalui dua cara,
1) Download di saluran vimeo kami di vimeo.com/sweetpictures.
2) USB drive yang terus diserahkan kepada pihak teknikal di majlis tersebut.

Berikut adalah contoh same day edit video yang kami hasilkan untuk client kami.


Solemnization | MASTURA + YOHANN [SAME DAY EDIT]


Solemnization | AIZAT + DAYANG [SAME DAY EDIT]


Solemnization | AZIEMA + AZIZ [SAME DAY EDIT]


Solemnization | SHAFINA + NAZIRUL [SAME DAY EDIT]

Untuk lihat lebih banyak video-video yang telah kami hasilkan, boleh terus ke saluran vimeo kami di sini.

Anda dah dapat idea tentang Same Day Edit Video? Jika ada soalan atau perlukan konsultan dari kami, boleh terus hubungi kami via call atau whatsApp 019 888 3176 atau pergi ke website kami di www.sweetpictures.com.my

Sweetpictures GO is on-demand wedding photography platform that help ‘bride & groom to be’ to book photographers faster, easier and securely. Customers can easily search photography package that suit with their budget, secure the photographers & event date and make a booking securely via SWEETPICTURES GO.

BOOK SWEETPICTURES NOW